Web 2.0

Aplikasi Web 2.0

Dalam proses PdP yang berkesan, bahan bantu mengajar amat penting bagi guru untuk memastikan proses pengajarannya dapat berjalan dengan lancar kerana isi pengajaran yang disampaikan dapat diikuti dengan baik oleh murid dengan bantuan bahan bantu mengajar. Oleh itu, guru perlulah mempelbagaikan bahan yang digunakan supaya penyampaian guru lebih menarik. Seiring dengan zaman teknologi maklumat masa kini, guru bolehlah mencuba beberapa aplikasi Web 2.0 dalam pengajaran. Antara berikut merupakan beberapa contoh aplikasi Web 2.0 yang boleh digunakan. ​

Popplet
Popplet adalah alat yang membolehkan pengguna untuk menghasilkan gambaran idea. Popplet boleh digunakan sebagai peta minda yang menarik dan berkesan. Kekuatan Popplet adalah sebagai alat perkongsian bersama dalam menghasilkan peta minda yang menarik dan memudahkan orang lain untuk memahami idea yang ingin disampaikan. Popplet yang telah digunakan di dalam kelas SGDM3043 adalah sebagai alat untuk pengenalan diri bagi kami rakan sekelas.

Prezi
Prezi berfungsi sama seperti Power Point, tetapi mempunyai ciri-ciri yang lebih menarik. Perbentangan yang dilakukan dengan menggunakan prezi memudahkan kita untuk memberi tumpuan terhadap penggabungan teks, imej dan multimedia. Hal ini kerana, kesemua elemen yang dimasukkan ke dalam prezi boleh di paparkan secara zoom in dan zoom out. Perbentangan juga akan kelihatan lebih menarik.


Padlet
Padlet adalah satu aplikasi Internet yang membolehkan pengguna untuk menyatakan pandangan mereka mengenai topik yang sama dengan mudah. Padlet merupakan satu halaman yang membolehkan orang ramai meletakkan apa-apa kandungan . Contohnya, imej, video, dokumen, dan teks di mana-mana pada halaman yang telah disediakan, bersama-sama dengan sesiapa sahaja. Contoh Padlet yang biasa saya gunakan adalah dengan menulis refklesi tentang topik pengajaran yang telah disediakan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan